Monday, February 1, 2010

Menunggang kuda

"Ajarlah anak-anakmu berenang, menunggang kuda dan memanah" itu adalah petikan dari sunnah Nabi Muhamad SAW. Ketiga2 aktiviti ini memerlukan duit yang agak banyak kalau hendak belajar terutama sekali di Malaysia. Kenapa yek? Contohnya menunggang kuda, biasanya anak2 org kaya sahaja yg mampu. Anakku yang sulung, Aini memang berminat dgn binatang... smpi pernah cakap nak jadi "Zoo keeper" bila dah besar.... since dia minat animals... dia mmg suka menunggang kuda. Selalu dia request utk naik kuda... pernah dah bagi sekali masa kami melawat Rotorua... dan skrg dia minta lagik... jadi Babahnya pun surf ler internet cari2 kalu2 ada tpt utk horse riding di Dunedin...  ada satu tpt yg plg murah kami jumpa ialah di Palmerston.. sejam $30.. murahlah tu.....

Jadi kami pun pergi ke Palmerston pada suatu hari... lebih kurang 45 minit memandu dari Dunedin... smpi lambat sket pukul 10.30am... nasib baik owner tu okay sbb dia dah tahu kalu org mula2 baru nak smpi tpt dia, mesti kena amik masa.... jadi seronok ler budak2 dpt naik kuda... babah & mummy pun merasa gak hehehe
 
  
  
 


Selesai menunggang kuda, kami pun berangkat ke Oamaru.. bermalam di rumah kawan di sana. Di rumah mereka, kami ambil peluang pasang khemah yg telah lama kami beli... cuaca pun bagus... dan budak2 pun seronok main dlm khemah..

No comments:

Post a Comment