Wednesday, September 23, 2009

Satu cerita di hari raya......

Ada satu cerita yang tak bole kami sekeluarga lupakan di pagi raya pertama.... Ceritanya begini, kami sekeluarga pergi sembahyang raya.... kemudian selepas sembahyang dan bergambar2, kami pun pulang sebab ramai tetamu yang ingin berkunjung.. pada masa tu dalam pukul 8.15am... dalam perjalanan kereta di hadapan kami hendak membelok ke kanan, jadi Halim terpaksa berhenti sebab kami nak jalan terus. Lalu lintas bertentangan agak sibuk sebab masa tu org nak pi bekerja dan hantar anak2 ke sekolah. Sambil menunggu, aku dan Halim berbual2... tetiba terasa hentakan yang amat kuat sampai kepalaku terhentak ke belakang. Aduh! Sakitnya... Astaghfirullah! Aku beristifar... Halim dan mak pun sama beristifar. Anak2 ku mula bising komplen sakit kepala... nasib baik mereka tak menangis. Aku merasakan ada kereta yang telah melanggar kami dari belakang. Halim pun membawa kereta ke tepi jalan. Dia keluar dan menolong menolak kereta orang yang melanggar kereta kami tu ke tepi. Aku dan anak2 tidak keluar sehingga polis, ambulan dan bomba sampai. Alhamdulillah kami semua tiada apa2 cuma mak agak terkejut sedikit. Mak dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana tekanan darahnya agak tinggi.

Setelah selesai polis mengambil keterangan kami pun pulang... masa tu dah pukul 10pagi...  aku txt kawan2 minta mereka dtg lambat sedikit.. Alhamdulillah kami semua selamat... cuma kereta sahaja yang remuk sedikit di belakang. Niat hati nak beraya ke Oamaru hujung minggu ini terpaksa dibatalkan. Inilah gambar kereta kami dan kereta org yg langgar kami. Kereta merah tu agak teruk jugak!




Inilah pengalaman pertama kami kena langgar di NZ... apa2 pun aku bersyukur kerana kami semua selamat.... Ini membuatkan aku lebih bhati2 ketika memandu di sini.... Alhamdulillah!

1 comment:

  1. busu, ya ALLAH,
    seram ama tengok accident ni..
    hm, nanti, busu berhati2 tau..
    take care.. =)

    ReplyDelete