Tuesday, September 22, 2009

Hari Lebaran.... mak sentiasa dalam ingatanku....

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada yang menyambutkan.... alhamdulillah Syawal disambut meriah Isnin 21/9/09 di Dunedin, NZ.... ramai rakan2 dan adik2 bertandang ke rumah. Hari ini (Selasa) pun masih ada lagi tetamu yang datang ke rumah. Selepas itu aku ke univ untuk menyambung kerja yg lama kutinggalkan.....

Bercerita tentang hari raya.... gembira dan sedih bercampur baur.... gembira sebab dapat menyambutnya lagi bersama keluarga tercinta dan rakan2 tersayang. Sedih sebab tidak dapat lagi bersama merayakannya bersama ayah, makcik, adik beradik dan saudara mara di Masjid Tanah, Melaka terutamanya. Memang bila tiba hari raya, hati terlalu sensitif apabila tidak dapat melawat kubur ibuku yang tercinta. Walaupun tidak kutunjukkan tapi aku memang terlalu rindukan ibuku. Sudah 14 tahun mak tinggalkan Liza tapi hati dan ingatan tidak pernah lupa. Hanya doa kuhulurkan untuk mak. Eh sentimental pulak.... hmmmm


Kepada ayah, makcik, kakak, abang, anak2 sedara semua, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin... hmmm malam tadi mesti buat bbq kat rumah mak ngah... guna tak bbq set yang busu belikan tu? Seronoknya bila ingatkan jamuan bbq di rumah kakakku Kak Jemah di Kuala Linggi.. memang tradisi dibuat pada hari raya ke2 malam. Semua saudara mara akan berkumpul di rumah kakak. Kami adik beradik akan sibuk tolong2 buat persiapan bbq tu.... anak2 sedara pulak ambil peluang mandi laut sbb rumah kakak depan pantai.... bestnyeeeeee.... rindu sgt2... insyaallah kalu ada rezeki dapat juga nanti beraya di malaysia....

1 comment:

  1. x pe, busu..
    kiteorg sentiase
    menanti kepulangan busu
    n family ke malaysia..
    n raye bersame! hihihi..
    insyaALLAH.. AMIN. =)

    ReplyDelete