Tuesday, September 1, 2009

Salam Merdeka dan Ulangtahun Perkahwinan

Selamat menyambut Hari Merdeka! Disebabkan sibuk dan kepenatan menjaga Iffah yang sakit, sampai terlupa tentang hari kemerdekaan negaraku yang tercinta, Malaysia. Pada tarikh inilah genap 12 tahun perkahwinanku dengan suamiku yang tercinta jugak... hehehehe... pejam celik pejam celik 12 tahun dah usia perkahwinan kami. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir usia dan dunia.

Hari ini, Ahmad pulak yang muntah.. masa nak hantar dia ke sekolah, dlm kereta dia cakap dia nak muntah... alamak! aku suruh dia tahan dulu, smpi rumah baru muntah... tak kuasa nak bersihkan kereta pulak. Semalam, hospital called, cakap confirm Iffah kena Rotavirus. Adus... virus ni mmg contagious. Dalam pada asingkan Aini & Ahmad dari Iffah pun, terkena jugak Ahmad. Tak pulak aku call rumah tanya Ahmad muntah lagi ker?

Okay... kena sambung keje... khamis ni ada presentation, break kejab tulis blog sbb idea dah kering!

2 comments:

  1. Hepi anniverssary kak lieza dan Abg Halim.. Semoga bahagia selalu.. nanti bila dah relax sikit, buleh la pergi honeymoon.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. busu, hepi belated anniversary..
    hihihi.. sorry late wish..
    semoge bahagia selalu+
    jodoh berpanjangan! :D

    ReplyDelete