Sunday, August 30, 2009

Rotavirus

Iffah kena muntah2 dan cirit birit sejak petang Jumaat lepas.... mula2 dia muntah2... kemudian mula cirit birit. Malam tu jugak lepas solat terawih pergi jumpa Urgent Doctor... doktor kata kemungkinan Iffah kena rotavirus... virus yg sebabkan cirit birit & muntah2 itu. Doktor suruh ambil sampel najis Iffah utk dihantar ke lab utk pastikan betul ke Iffah kena rotavirus.
Kat sini, doktor tak bagi ubat tahan muntah kat budak2, sbb nak biarkan body immune fight virus tersebut. Doctor cuma bagi air peadilite ajer utk elakkan Iffah dari dehydrated. Halim dapat cuti sakit 4 hari... alhamdulillah bole tolong2 jaga Iffah. Mulalah kami acara membleach semua baju2 Iffah. Aini dan Ahmad kami tidak benarkan dia dekat2 dgn Iffah sebab takut berjangkit.
Iffah tak de selera makan... hanya minum ubat air yg doktor tu. Memang dia tak mahu makan langsung dari Jumaat ptg sampai Sabtu. Dia cuma nak minum air peadilite dan air zam-zam saje. Pagi Ahad tiba2 dia mintak coco pops... hmm terus ler bagi... tapi lepas tu mmg dia tak mahu makan apa2.... cuma dia nak minum susu strawberry dia..... Ni gambo dia dok terbaring ajer....


Memang weekend ni penat jaga kerenah Iffah... esp bila masa dia muntah2... banyak benda yg nak kena disterilkan... Alhamdulillah hari ni (ahad) dia dah tak muntah2 lagi.. cuma masih lagi cirit birit... insyaallah esok nak bawak jumpa GP sebab dia masih komplen perut dia sakit. Hmmm little missy mummy is not well... so selalu grumpy and cranky ajer.... Tag line dia "I want my mummy"...

2 comments:

  1. bila sakit ni lagi la kerap dia sebut tag line dia tu ye kak..
    Alhamdulilah, Iffah dah sihat.. kesian budak2 bila sakit.. Take care Iffah, your mummy is there for you.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. pagi tadi bangun tidur ajer terus ngadap komputer... tu tandanya dia dah sihat sikit.... hmm bila akak bagitau nak pi ofis ajer.. mulalah dia merengek cakap "I want to see doctor, my tummy hurt".. kesian gak! Tapi since abah ada kat rumah, pi jugak ler ofis walaupun dah lmbt!

    ReplyDelete