Thursday, August 27, 2009

Cuti cuti Malaysia

Dari 1/8 ke 17/8 aku dan Iffah pulang ke Malaysia. Bukan setakat bercuti melawat saudara mara tetapi aku membentang kertas kerja di satu persidangan di Bangkok. Kiranya kerja dan bercutilah! Jadi sepanjang di negaraku yang tercinta ini, aku tinggal di rumah ayahku di Masjid Tanah, Melaka. Di bawah ni gambar Iffah bersama atuknya aka ayahandaku tercinta, neneknya dan nenek sedara (yang baju putih tu) aka makcik Puteh iaitu kakak kepada arwah ibuku. Gambar rumah tu rumah ayahku ler.....


Sehari sebelum ke Bangkok, aku pi jumpa kawan baik di Utem.... kawan masa pi breakfast & lunch masa aku keje dulu... kwn tpt ngadu nasib, meluah rasa... sapa lagik... Afeiz & Ayu... depa berdua belanja lunch... terima kasih yek! Nanti pjg umur jumpa lagik... aku bagi coklat byk2 lagik!



Berada di Bangkok bersama Iffah dan Nani, anak sedaraku merangkap "bibik" Iffah. 4 hari kami di sana... aku pi conference, bentang kertas kerja, pi jugak jln2 shopping di MBK dan Chaktucak market. Overall conference tu tidak berapa ok sgt bagiku sebab setiap paper yg aku berminat utk pergi, presenternya tak turn up! Baran jugak aku pada org yg tidak beretika ini.... senang2 aje nak bagi paper masuk proceeding tapi tak mau bentang! Masa perbentangan kertas kerja aku pun tak ramai yg hadir... jadi tak de satu pun maklum balasnya. Chit!
Ni dia bbrp gambar masa kami di Bangkok.... Mula2 gambar persembahan tarian masa mula2 conference, pastu gambar aku dgn org Korea lelaki Presiden Asia TEFL conference, dan gambar aku berempat pulak dgn Presiden Thai TESOL (yg pompuan tu), yg lelaki tu Menteri Pelajaran Thailand, dan sorang peserta dari Indonesia. Ramai jugak peserta2 dari Indonesia yang hadir....


Gambar di bawah ni pula di ambil di taman belakang hotel penginapan dan sebelah hotel tu ada satu2nya kedai makan Islam... jadi mmg kat situ ajer ler tpt makan kami! Tu dia anak sedaraku yg sulung Nani, bibik Iffah. Bibik Iffah ni ada degree ler.... bukan calang2 org hehehehhe.... anyway thanks alot Nani... kalu tak de Nani, susah gak busu nak mengelolakan "little missy" tu!


Balik dari Bangkok, aku ambil peluang melawat kakak abang dan sepupu di KL dan Selangor.... hmmm gambar2 kakak & abang tak de... gambar yg mula2 tu dgn sepupuku, 2 beradik (Nor dan Fiza) anak mak cik Putih yg gambarnya kat atas tu... kami mmg sepupu rapat sejak kecik2 lagi kami membesar bersama2....

Gambar yg kedua tu kawan aku sama univ masa buat first degree dulu.. Zai nama panggilannya... itu sorang ajer kwn yg aku sempat jumpa! Budak 2 org tu anak2 Zai ler.....

Hmmm... dah alang2 balik Malaysia... kalu tak makan makanan laut mmg tak sah... jadi inilah kesempatan yg patut mmg tidak lepaskan... hmmm bulan2 pose ni meleleh gak air liur tgk makanan... org2 kat mesia tu best ler senang nak cari.. kami yg duduk merantau nih telan2 ajer ler air liur tu!


Diam tak diam... dua minggu berlalu.. masa berlalu begitu pantas... masa utk pulang semula ke Dunedin... ambil kesempatan bergambar dgn ayah dan makcik dan jugak mak cik Putih. Insyaallah tahun depan aku balik for good!

2 comments:

  1. wahh.. bestnya tgk gambar orang balik Malaysia.. yang paling tak tahan gambar makanan tu, especially kerang... uuwwwaa...

    ReplyDelete
  2. hehehehe... kerang mmg ler my favourite! Apsal kat sini tak de kerang? Nanti bila cuaca dah panas sket, nak pi kutip cockles kat Port Chalmers atau kat Warrington.

    ReplyDelete