Saturday, July 18, 2009

Cadbury Jaffa Race in Dunedin


Setiap tahun Cadbury mengadakan Cadbury week pada cuti sekolah penggal ke2. Macam2 aktiviti berkaitan coklat diadakan dan salah satu yg paling happening ialah Jaffa Race. Ia adalah aktiviti menaburkan ribuan coklat Jaffa dari puncak jalan yg paling curam di dunia iaitu Baldwin St.


Selama aku disini, sudah 3 Jaffa Race dibuat... aku sempat pergi pada tahun pertama aku di sini iaitu tahun 2007. Tahun lepas tak dapat pergi sebab pergi bercuti di utara South Island. Tahun ini Jaffa Race diadakan pada hari Jumaat 18/7 pukul 12.30pm, niat dihati ingin pergi tapi disebabkan aku diserang flu & cough, niat itu terpaksa dibatalkan.

Aini teramatlah excited nak tgk jaffa race tu... bukan jauh pun, sebelah jln rumah kami aje. Pukul 11 pagi dah mula ramai org... kereta dah mula banyak park di tepi jalan North Rd. Pukul 12.00pm Halim menghantar turun Aini, Ahmad dan nenek ke Baldwin St dgn kereta dan kemudian balik semula ke rumah. Aku cuma dapat mendengar saja final countdown sebelum coklat Jaffa ditabur dari rumah.
Permandangan dari rumahku... kereta dah berpusu2 dtg.

Sesiapa yg bminat nak tgk video Jaffa race, bole ke this site, Video Jaffa race.

No comments:

Post a Comment