Tuesday, June 2, 2009

Geyser di Rotorua!

Pada 27/5/09, kami checkout dari Mesra Homestay... dan mula btolak ke Rotorua... perjalanan makan masa lebih kurang 3 jam. Kami plan nak lalu Hamilton dulu.... sibuk2 tgk scenery kiri kanan, smpi lupa nak amik gamba... sbb kat Hamilton tu cam tak de je trademark dia.. hehehe
jgn marah ye org yg duduk kat hamilton... bagi le tau apa yg ada kat situ. Kami singgah kat masjid Hamilton utk jamak solat zohor & asar. Then terus bergerak ke Rorotua.... lebih kurang sejam kami smpi ke Rotorua. Hubby dah pesan, tahan2 ler bau kat Rotorua tu... cam bau telur busuk. Almaklum Rotorua terkenal dgn geyser, mud pool dan geothermal spa pool. Bila smpi tu mmg tak de pun baunya. Tapi bila dah nak smpi bach yg kami nak duduk tu, bau busuk makin menyengat. Iffah siap kata "Yucky.. smelly" Inilah bach yang kami tinggal utk 2 mlm.... Bach ni maksudnya rumah orang yg digunakan utk disewakan. Kami mmg prefer bach daripada motel atau hotel. Sebabnya bach ni, cam kita tinggal kat rumah biasa yg fully furnished. Kalu motel tu mcm hotel cuma motel ada dapur tapi biasanya share laundry. Hotel lagi le.. dapur & laundry tarak... Bila dah ada anak2 ni, then merantau negara orang, mmg kami prefer utk masak sendiri ajer.... Lagipun anak2 aku tu lasak2... memekak siang mlm. Kalu duduk motel atau hotel, risau pulak kat penginap2 lain. So far ini bach kedua yg kami sewa... murah pun murah $95 per night utk 6 org. Ada 1 double bed, 2 single bed dan satu sofa bed. Memang amat berpatutan.




Esok paginya kami mulakan aktiviti.... bau busuk dah tak bole nak kata... aku dah mcm nak tmuntah2.. siap kena letak mintak cap kapak kat hidung. Mula2 kami pergi ke satu perkampungan thermal di mana mmg ianya kampung dan org2nya masih tinggal di situ... Teringat pulak mcm kampung Morten kat Melaka. Perkampungan yg ada geyser ni di panggil Whakarewarewa. Bila tgk dari luar, berasap sana berasap sini. Ada tour guide yg bawak kami dan beri penerangan. Di pkgn tu ada byk kolam air panas. Each of them has its own name which was after some local old villagers. Tour guide tu kata, kbykan depa masak cara rendamkan makanan dlm air panas tu ajer... Cara masakan tu dipanggil Hangi. Suhu air panas tu mmg ler melebihi suhu air mendidih. Bila tgk byk air panas dan mud pool tu mmg rasa insaf sbb teringatkan neraka Allah.




Selepas tour habis, ada Maori cultural performance pulak... seperti biasa buat Haka ler.... in fact si Ahmad di ajak buat haka.. pandai pulak anak aku tu buat haka hehehehe... Kendian kami ambil kesempatan utk beli jagung rebus yg direbus dlm kolam tu.. ada sorang tourist tanya, bila masak dlm air panas tu, makanan tak rasa sulphur ker? Tour guide kata tak de.... dia kata org2 kampung sini kbykannya hidup lama sebab cara pemakanan sihat, cuma rendam dlm air panas tu ajer. Lepas makan jagung, kami jln2 keliling kg tu... kemuncaknya aku dan hubby dapat tgk letusan air panas... punya le excited kami!




























































































































































































































































No comments:

Post a Comment