Tuesday, June 9, 2009

Alhamdulillah!

Bersyukur kepada Allah SWT! Alhamdulillah lagi... tadi aku dan suami bawa Iffah ke hospital sebab ada appointment dgn ENT specialist. Appointment ni adalah susulan daripada perjumpaan dgn paeditrician. Sebab aku agak risau dgn sebutan bberapa perkataan... dengar mcm sengau ajer. Terlebih ainnya. Masa perjumpaan tu pun ada dentist, cuma speech therapist saja yg tak de. ENT speacilist tu kata Iffah tidak ada cleft palate. Anak tekak dia kecik lagi sbb dia masih kecil tapi specialist tu kata anak tekak tak penting, yg penting palate. Syukur bila dengar. Dentist pulak kata nanti akan check Iffah lagi esp bila dah besar sbb buat masa sekrg dia kecik dan tunggu gigi kekal dia keluar dulu. Geraham Iffah ada terpotong sikit, jadi tpt tu tak de gigi. Mungkin jugak sbb tu yg buat sebutan dia lain. Since speech therapist tak de, jadi tak bole nak check ler tgk Iffah cakap. Next appointment will be on Sept. Tadi speacilist tu check telinga dia, katanya mungkin telinga belah kiri ada glued ear. Glued ear tu maksudnya ada cecair dlm telinga yg halang pendengaran. So far Iffah tu okay aje bila panggil... tapi specialist akan check lagi sbb tadipun Iffah selsema.. mungkin sebab tu jugak. Anyway, aku mmg bsyukur sgt. Dan specialist tu siap cakap, cantik betul org yg buat surgery kat Iffah masa cantumkan cleft lip. Tak nmpk sgt kesannya... aku senym ajer... patut bawak gambar masa Iffah belum buat surgery tu. Tak pe, nanti aku bawak masa next appointment.

2 comments:

  1. alhamdulilah kak.. saya pon tumpang gembira..

    ReplyDelete
  2. hu2..
    ramah pun tumpang gembire..
    hik3.. ^_~

    ReplyDelete