Tuesday, May 19, 2009

Hari terakhir di ofis

Hari ni last day aku duduk kat ofis di Castle St... sedih mmg sedih, sob sob sob! aku suka dgn ofis ni, comfortable dan tak crowded.... ofis ni sebenarnya rumah, mulanya ada 3 bilik tidur, I bilik air+tandas, 1 ruang tamu dan 1 bilik makan dan dapur. Jadi di belakang rumah ni ditambahkan lagi 3 bilik dan 1 bilik air, 1 tandas. Di bilik2 tambahan inilah tempatku dan kawan2 satu lab, my 1st supervisor dan 2nd supervisor.

My supervisor kata petang ni sume barang2 akan diangkat ke ofis baru.... jadi besok aku duduk kat rumah... barang2 sume dah pack dan label... furniture dan computer pun dah label.... hari ni aku sorang2 ajer kat lab.. lab-mate bagitau depa tak mau mari hari ni.. aku pun stay half day.. pastu chow chin chow..

Weather tak elok hari ni.. hujan batu.. very shoggy! Susah jugak snow nak turun kat Dunedin nih.. almaklum dekat dgn pantai... hmm tadi masa hujan batu turun, anta sume anak2 pi scholl & child care.. SInce rumah kami atas bukit, so nampak ler putih2 ketul2 ais atas jalan...Then Aini cakap, "We can slide down here" Aku pun jawap.."Mana bole! Ni bukan snow... nanti kang bum kena sagat" dah depa tanya pulak apa tu sagat... aku kata kena grate mcm kita grate carrot atau cheese. Hahahaha terdiam dia!

Anak2 aku skrg English adalah first language depa walaupun bahasa ibunda kat rumah BM and sometime BM rojak... Risau jugak nanti bila balik Mesia, tak bole nak bertutur dlm BM. Walaupun depa faham BM, tapi bila jawap mesti in English... Dulu masa mula mai sini, mmg tak percaya sbb kwn2 kat sini anak2 depa sume speaking.. aku ingatkan mungkin kwn2 aku tu speaking jugak... so aku & hubby decide kat rumah cakap BM.. biar depa cakap English kat sekolah ajer... rupa2 nya tak jalan jugak... bila anak2 ku jumpa dgn anak2 kwn2 aku (Org Malaysia) kat sini, depa sume speking dgn accent kiwinya!

2 comments:

  1. busu, ramah dah tukar link..
    nie link baru,
    www.rahmahbintisaari.blogspot.com
    ^_~

    ReplyDelete
  2. dah balik dari Auckland ke kak?

    ReplyDelete